يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” (Surah Aali-‘Imran:102)
Ibn Mu’taz telah menyimpulkan maksud taqwa dalam bait-bait syairnya:
خل الذنوب صغيرها * وكبيرذاك التقى
وصنع كماش فوق ار * ض الشوك مايرى
لاتحقرن صغيرة * ان الجبال من الحصى
وصنع كماش فوق ار * ض الشوك مايرى
لاتحقرن صغيرة * ان الجبال من الحصى
“Tinggalkan semua dosa baik yang kecil maupun yang besar, itulah namanya taqwa. Berlakulah seperti orang yang berjalan dilaluan yang penuh onak dan duri, selalu waspada menghindari duri-duri yang dilihatnya. Dan jangan sesekali kamu meremehkan sesuatu yang kecil (yakni dosa kecil) kerana sesungguhnya bukit itu terdiri/tersusun dari batu-batu kerikil yang kecil-kecil.
Telah berkata sebahagian dari hukama’:
لاتحقروا الذنوب الصغار فإنها تتشعب منها الذنوب الكبار
Jangan meremehkan dosa-dosa kecil, kerana dari situlah (dari dosa-dosa kecil) bersemi cabang-cabang menjadi dosa yang besar.
عن النبي صلى الله عليه وسلم – لا صغيرة مع الإصرار ولا كبيرة مع الإستغفار
Dari Nabi saw : Tidak dikatakan dosa kecil, jika dikerjakan terus menerus, dan tidak ada dosa besar jika terus menerus memohon keampunan. (Diriwayatkan hadith ini oleh ad-Dailami dari Ibn Abbas tetapi dengan susunan yang sebaliknya)
* Maksudnya dosa kecil itu boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus dan dosa besar itu akan terampun dengan bertaubat dimana taubat tersebut memenuhi akan rukun dan syaratnya.
* Maksudnya dosa kecil itu boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus dan dosa besar itu akan terampun dengan bertaubat dimana taubat tersebut memenuhi akan rukun dan syaratnya.
والله أعلم ونسأله التوفيق والهدايه
Petikan dari sebuah kitab yang berjudul Nasshoihul ‘Ibad yang dikarang oleh al-‘alim al-'allamah Shaikh Muhammad bin Umar bin Ali atau lebih dikenali dengan nama Shaikh Nawawi Banten. Kitab ini adalah merupakan syarah kepada sebuah kitab karangan Shaikh Ibn Hajar al-Asqolaani yang bertajuk al-Munabbihat ‘alal Isti’dad Liyaumil Ma’ad.
قال النبي صلى الله عليه وسلم عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hendaklah kalian duduk bersama ulama' dan mendengar kata-kata hukama’ kerana bahawasanya Allah Ta’ala menghidupkan kembali hati yang mati itu dengan cahaya hikmah sebagaimana DIA menghidupkan bumi yang gersang dengan air hujan.
Sabdanya lagi:
Sabdanya lagi:
سيأتي زمان على امتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات : اولاها يرفع الله البركة من كسبهم والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما والثالثة يخرجون من الدنيا بغيرايمان
Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari (menjauhkan diri) daripada (ajaran dan nasihat) ulama' dan fuqaha', maka (akibatnya) Allah Ta’ala menimpakan 3 bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang zalim atas mereka dan ketiga, mereka meninggalkan dunia (mati) tanpa membawa iman.
والله أعلم ونسأله التوفيق والهدايه